
Peraduan Minum & Menang ini
(selepas ini disebut sebagai “Peraduan”) terbuka kepada semua
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (selepas ini disebut
sebagai “Peserta”), kecuali kakitangan Power Root Marketing Sdn Bhd,
anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat sekutunya, agensi media dan
perhubungan awam yang dilantik olehnya, pengedar-pengedarnya serta ahli
keluarga terdekat mereka.
Peraduan ini bermula pada
1hb Mac 2012 dan berakhir pada 31hb Mei 2012. Power Root Marketing Sdn
Bhd berhak melanjutkan tempoh Peraduan tanpa sebarang notis.
Produk yang terlibat
ialah Alicafé Tongkat Ali & Ginseng 30gm, 20gm, 12gm & pek mini...